Feb 18, 2009

kejayaan vs kekayaan

Malam selasa malam menonton tv bagi aku. 10.30 malam mata perlu tepat 180 darjah menghala kaca tv. Desperate housewives adalah favourite citer aku buat masa ni. Citer dia mmg agak mengarut. Tapi sebenarnya ada pengajaran disebaliknya. So aku rasa it is ok for my age to watch that series.tapi jangan bagi anak2 anda menonton yer.


Hari ini aku terpanggil untuk menulis bersangkutan dengan cerita desperate housewives yang aku tengok tu. Dalam episode semalam, ada sepasang suami isteri yang kehidupan mereka totally change after they get married. Si suami yang buta mengambil upah mengurut, manakala si isteri pula yang dulunya berpenampilan seksi dan menawan kini berubah menjadi gemuk dan comot. Bagi si isteri dia terasa seperti kehilangan satu persatu, bermula dari kemewahan, kecantikan dan status social. Mereka pun bertengkar. Si suami pun try tenangkan isterinya. Dan aku agak tersentuh dngan kata2 si suami tu.. Si suami memberitahu setiap kali customernya yang agak2 kaya datang berurut, pasti mereka mengeluh dan tertekan kerana mengejar kekayaan. Cukuplah baginya ada sedikit duit, rumah dan keluarga tetapi hati bahagia dan gembira.



Memang tak salah bagi kita untuk mengejar cita2 dan wang. Of coz kita perlu ade matlamat untuk hidupkan. Allah sentiasa inginkan semua hambanya Berjaya. Kalu tak takkan setiap hari kite dengar 10 kali laungan ‘marilah mengejar kejayaan’ dalam azan. Tapi Berjaya tu tak semestinya mempunyai duit berjuta2 dalam simpanan. Nanti silap2 dlm jiwa kite terpalit kekotoran sedikit2. Syaitan pun pasti lagi seronok nak test power pada kita. Dan cube pk, Mesti ada makna kenapa kite tak pernah dengar laungan ‘marilah mengejar kekayaan’ setiap hari. Cube kita jangan letak kekayaan sebagai landasan untuk kebahagiaan. Bayangkan kalu tibe2 Allah uji kita dengan kehilangannya. Agak2 leh hidup tak?



Bagi aku, Ape yang penting adalah keseimbangan dalam hidup. Berjaya dalam akedemik, Berjaya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab, berjaya menggembirakan pasangan hidupnya, berjaya menjadi ibu mithali kepada anak2 dan yang paling utama berjaya menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptanya.


Cukupla dengan segalanya dicukupkan oleh Allah (dalam erti kata lain berkat) untuk kita dan kita tak berhutang. Sentiasalah berdoa untuk mendapat cinta, berkat dan redha Allah. Bersyukur dengan ape yang kita ada walaupun tak sebaik yang orang lain ade. Segala nya berhikmah. Kebahagian akan dikecapi adalah apabila semua dilakukan berbalik kepada Allah. Semoga kita berada dalam perhatianNya. Aminnnnn…

No comments:

Post a Comment