Mar 27, 2009

7 petanda kebahagian dunia...


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
  4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al malul halal, atau harta yang halal
  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
moga kita semua mendapat kebahagiaan seperti di atas sebelum menghembuskan nafas terakhir kita... amin ya Rabb...

ciplak dari blog... http://nurjeehan.hadithuna.com/tujuh-petanda-kebahagiaan-dunia/


Mar 21, 2009

hidupku seorang student





Assalamualaikum semua,


Hampir 3 minggu aku tinggalkan blog ni kesunyian. Bulan ni adalah bulan yang agak BZ.
Start dari bulan ni writing menjadi rutin harian ku. Kerja2 lab aku tinggalkan dulu. Masih ada method yang tergendala akibat ketiadaan chemical. Kena tunggu supplier hantar.

huhuhu...

Masalah pun macam2 datang mengganggu. seperti biasa jgn pk masalah, pk mcmana nak selesaikan. Kena sentiasa memotivasikan diri. InsyaAllah setiap masalah pasti ada penyelesaian. Kena kuat dan yakin. chaiyooo!!

huhuhu...

Seperti kata Moni kawan lab aku... kita ni macam takder life. pagi pi lab. petang balik umah tido. Sesekali kena pi makan angin. Agak2 dah kembung perut tu boleh la balik lab. wat kije balik. Tapi poket pun bukan selalu penuh. Nak pi makan pun berkira. Ini lagi nak pi makan angin.

huhuhu...

Tapi memang tak dapat lari dari merungut masa study ni. Seme tu boleh je handle. Cume tu la, jangan pk masalah, pk camner nak selesaikan. kalu tak silap aku ni ayat si Sani tunangnye Diana kan. Study ni bukan satu masalah. Study ni satu cara menyelesaikan masalah. paham tak? susah nak explain. sesuatu yang tak semua orang berpeluang mengalaminya. Alhamdulillah kepada sesiapa yang dianugerahkan nikmat menimba ilmu. Bersyukurlah. Yang pasti nanti satu hari aku akan merindui saat2 aku study di UiTM ni walaupun banyak sungguh cobaannya. Sebab sekarang pun aku dah rindu waktu2 aku di UPM dulu.

huhuhu...

zaman sekolah... zaman kurang kawan... pendiam sangat kot...
zaman matrik... zaman kenal erti persahabatan...
zaman upm... zaman enjoy dengan kawan2...
zaman uitm... zaman bnyk jumpa orang pelik....hehehe


walaupun hidup aku...lab...balik apartment...balik pandan indah....rotate sampai hbs blaja... aku tetap gembira...insyaAllah

Mar 1, 2009

Dating???



wei korang seme... Ari ni tv9 ada sajikan cite best untuk kite seme. Nak tau citer ape??? Cite HALAQAH. Episod kali ini adalah bertitle 'Dating'. Penceramah ari ni bukan favourite penceramah aku, tapi sbb episod kali ini adalah agak penting juga bagi aku yang masih belum berkahwin ni, so aku tonton untuk tambah ilmu aku yang sangatla sikit ini.

Memang fitrah manusia ini ingin mencintai dan dicintaikan. Dan dalam Islam juga kita digalakkan mengenal pasangan kita. Seperti yang kita ketahui seorang lelaki yang ingin memilih bakal isterinya dibenarkan melihat wajah dan tapak tangannya kan. So janganlah teruk sangat memandang hukum Allah ni. Semua yang Allah larang tu mesti ada hikmahnya.

Memang tak dinafikan takder istilah dating dalam islam. Tapi kriteria untuk bercinta dan berdating ni masih boleh dengan berlandaskan hukum islam. kite try dating dekat rumah family ke. dating masa ade majlis kat rumah kite atau sedara ke. Kalau nak juga privacy try pi dating tempat ramai orang dengan membawa bersama muhrim anda atau kawan anda yang tak mungkin bersubahat dengan anda. Tak salahkan. Apela sangat nak borak privacy ni. Belum kawin lagi kan. yang agak2 privacy tu kite cite la lepas kahwin.

Memangla seumur hidup aku ni aku tak pernah berdating. mana taknya bercinta pun baru sekali. Tak sempat nak dating pastu putus pula. huhu ...tragis betui. tapi aku still rasa diri ini banyak dosa. lagha banyak wei. walaupun hanya berbual dalam tepon tapi still boleh timbulkan lagha beb. bahaya sebenarnyer. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku berdoa sangat2 agar akan datang Allah membuka hati ini untuk cinta yang diredhaiNya. Aku risau juga. Aku manusia memang takkan dapat lari dari ujian. Ujian Allah yang sebenarnya untuk melihat tahap iman kita. Nak kena lawan nafsu ni. adushhh... Ya Allah kuatkan lah hati dan diri ini. ayat ni best tuk kite semua "Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU." huhu. kite kena kuat ye kawan2, caiyok2. moga kite sentiasa dalam perhatianNya. aminnn ya Rab....