Feb 19, 2009

kehebatan manusia



Diriwayatkan daripada Anas ra. bahawa rasulullah pernah bersabda:



'Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah mencipatakan gunung ganang dan menanamkannya di atas bumi, sehingga terhentilah bumi dan gerakan-gerakannya.


Maka kagumla para malaikat, seraya berkata
"Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu besi."


Para malaikat bertanya,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada besi?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu air."


Para malaikat bertanya lagi,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada air?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu angin."


Para malaikat bertanya lagi,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada angin?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu keturunan Adam, yang memberikan sebuah derma dengan tangan kanannya dan merahsiakan dermanya itu dari tangan kirinya itu (dari mata orang lain, selain dirinya sendiri) maka dia lebih hebat daripada angin."

(Al- Hadith)
Ciplak dari buku keanehan & keajaiban hati (Abu Hikmah Al Husni)


No comments:

Post a Comment