Feb 28, 2009

ade sape2 nak kawin lagi ke bulan 3 nih???



ramainye kawan aku nak kahwin bulan 3 ni...

antara yang aku tau:

1. angah labmate aku skrg
2.faezah ahli solero merangkap cosmate aku masa degree
3.ena roomate lama aku
4.diana kwn sekolah aku


huhuhu...

aku tak sure la dapat pergi ke idak...jauh benor nye sorang2. yang agak dekat tu akan aku usahakan untuk datang yer. tapi tak dapat nak janji. aku minta maaf kalu aku tak dapat datang. aku doakan kebahagian korang bersama teman masing2 sehingga sampai syurga. moga ikatan yang terbina akan menjadikan korang sentiasa dalam perhatian Allah. aminnn...


Menconteng boleh membantu memori anda








Aku ada baca satu article menarikn nak kongsi ngan korang semua iaitu "Menconteng boleh membantu memori anda".


Kalau korang nak tahu.. penyelidik kat UK ada buat kajian tentang menconteng semasa mendengar recorded msg atau ape2la yang boleh didengar beroleh 29% lebih ingatan dari mereka yang tak melakukan ape2. Ini adalah disebabkan bila kita menconteng kita akan mengelakkan diri kita dari mengalamun. bila kita menconteng, kita akan kurang mengelamun. ade betulnya juga kan. so lepas ni sape2 siaplah bawa pen dan kertas kemana saja. kuang2.


nak lebih info pi arr jejak laman web article nih...


http://health.yahoo.com/news/healthday/takenotedoodlingcanhelpmemory.html


Feb 20, 2009

jawab soalan angah lagi

hhhhuuuuuaaaaahhhhhhh.... ade lagi soalan sebenornya si angah ni bagi. agak mencabar ckitla nak jawab soalan dia kali ni. meh kita tengok sapa yang kena.

1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
laptop aku la. tempat aku hilangkan boring aku.

2) Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
rahsia...hanya pompuan je tahu.

3) Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
syurga

4) Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
dengan sape? tolong jawab...

5) Adakah anda dilamun cinta?
entah... episod dah berakhir.

6) Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
nurul izzah. seksyen 7.

7) Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku tuk birthday diana. buku petua tuk dia yang nak kahwin sgt tu. supaya dia takyah ganggu aku dengan soalan kecantikan ni.

8) Apakah nama penuh kamu?
Tengku Shafazila Bt Tengku Saharuddin. bersedia yer sape2 nak jadi suami aku.

9) Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
mak pastinya. aku takutla nak cite lebih2 ngn ayah aku.

10) Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup kamu?
entah...

11) Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
8 orang...ramai sangat maa... sape2 yang rasa dia rapat ngn aku itula jawapannya.

12) Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
lorr...sape lagi nak tolong cucikan... diana ke?

13) Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
rumah Allah

14) Pelukan atau ciuman?
soalan apekah ini? kedua2nya adalah kekuatan untuk perhubungan. mana2 la kan. janji ikhlas.

15) Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
ooo si rahafza a.k.a angah tu ke? banyak citer... banyak makan...banyak ilmu kawen...banyak kawan...banyak duit.

16) 8 perkara yang amat saya gilai
(1)ilmu
(2)buku
(3)permandangan yang indah2
(3)coklat
(4)cite jepun n korea
(5)filem omputih yang best2
(6)game
(7)tudung manik
(8)...

17) 8 perkataan yang sering di ucapkan
haa yeke...
yea...
arghhh tertekan....
diorang kata lebih kepada ekspresi muka dari perkataan. sampai ade yang tak terungkap di perkataan.

18) 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
kenapa banyak sangat sampai 8 ni...tertekan aku nak pk. paling terbaru buku lali....hahaha... buku cite aku new moon malam semalam baca.

19)8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
waa bnyak bngt...

20)8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
seme lagu yang ada dlm laptop aku.

21)Mari men'tag' orang lain.
seme yang kenal aku aku tag...

tulis je ape2... (angah, 2009)

Hari ni adalah hari pertama aku jawab tagged orang. sebelum ni adik aku n sepupu aku duk bagi tagged tapi aku tak paham ape. Tak pasal2 diorang kena serang ngan aku. hehehe. Mgkin sbb semalam aku tanya si angah ni ape tu tagged. ari ni juga dia terus tagged aku.

1. Do you think you are HOT?
depend on weather. hahaha.

2. Upload you fav pic.



3. Why do you like this picture?
nampak cam kusyuk dalam library...nampak cam bagus la konon. don't just a book by it c0verage ya (nafisyah, 2009).

4. When was the last time u ate pizza?
baru semalam dalam mimpi aku. serius tak tipu.

5. The last song u listen to?
akrab persahabatan....by inteam.

6. What are you doing right now besides this?
talking to my berry2 best pren.

7. What name u prefer besides yours?
Ainul Mardhiah...tak tau nape minat name ni.

8. People I tag:

(1)no one
(2)no one
(3)sarah
(4)sheila
(5) no one


9. Who is No.1?
takder dlm senarai.

10. No.3 is having a relationship with?
syam.

11. Say something about No.5
takder dlm senarai.

12. How about No.4?
bakal pemenang raja lawak 2010. hehehe.

13. Who is No.2?
takder dlm senarai.

time kaseh kepada angah dengan soalan2 yang agak tak mencabar ni... bagi la yang agak2 takleh jawab cam soalan kite ari tu. berapakah umur bumi?....hahahaha

Feb 19, 2009

kehebatan manusia



Diriwayatkan daripada Anas ra. bahawa rasulullah pernah bersabda:



'Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah mencipatakan gunung ganang dan menanamkannya di atas bumi, sehingga terhentilah bumi dan gerakan-gerakannya.


Maka kagumla para malaikat, seraya berkata
"Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu besi."


Para malaikat bertanya,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada besi?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu air."


Para malaikat bertanya lagi,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada air?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu angin."


Para malaikat bertanya lagi,
"Apakah ada dari makhluk engkau yang lebih hebat daripada angin?"


Allah menjawab,
"Ya ada, iaitu keturunan Adam, yang memberikan sebuah derma dengan tangan kanannya dan merahsiakan dermanya itu dari tangan kirinya itu (dari mata orang lain, selain dirinya sendiri) maka dia lebih hebat daripada angin."

(Al- Hadith)
Ciplak dari buku keanehan & keajaiban hati (Abu Hikmah Al Husni)


silap tarikh tuk post sebelum ni.





minta maaf semua...post semalam tentang cemburu tu adalah pada helaian kosmo
18 feb 09 ye bukan 17 feb 09. maaf yer atas kesilapan gue.




Feb 18, 2009

kenapa kita terluka bila kita cemburu???





Hari ni aku terbaca sesuatu yang menarik dari akhbar kosmo.




Pernah cemburu? Rasa sakit tak kalu cemburu? dari pengalaman aku, cemburu memang menyakitkan. tapi sakitnya kita tak nampak di fizikal, dia terasa dlm hati kita. agak subjektifla kan. tapi sure seme orang pun pernah rasa kan.



Sekumpulan saintis di New York berjaya menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu di mana ianya berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.


Sebab itula kita akan berasa terluka bila kita cemburu.
Subhanallah...


ingin menambah informasi anda silala ke laman web kosmo edisi 17 feb 2009. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

kejayaan vs kekayaan

Malam selasa malam menonton tv bagi aku. 10.30 malam mata perlu tepat 180 darjah menghala kaca tv. Desperate housewives adalah favourite citer aku buat masa ni. Citer dia mmg agak mengarut. Tapi sebenarnya ada pengajaran disebaliknya. So aku rasa it is ok for my age to watch that series.tapi jangan bagi anak2 anda menonton yer.


Hari ini aku terpanggil untuk menulis bersangkutan dengan cerita desperate housewives yang aku tengok tu. Dalam episode semalam, ada sepasang suami isteri yang kehidupan mereka totally change after they get married. Si suami yang buta mengambil upah mengurut, manakala si isteri pula yang dulunya berpenampilan seksi dan menawan kini berubah menjadi gemuk dan comot. Bagi si isteri dia terasa seperti kehilangan satu persatu, bermula dari kemewahan, kecantikan dan status social. Mereka pun bertengkar. Si suami pun try tenangkan isterinya. Dan aku agak tersentuh dngan kata2 si suami tu.. Si suami memberitahu setiap kali customernya yang agak2 kaya datang berurut, pasti mereka mengeluh dan tertekan kerana mengejar kekayaan. Cukuplah baginya ada sedikit duit, rumah dan keluarga tetapi hati bahagia dan gembira.



Memang tak salah bagi kita untuk mengejar cita2 dan wang. Of coz kita perlu ade matlamat untuk hidupkan. Allah sentiasa inginkan semua hambanya Berjaya. Kalu tak takkan setiap hari kite dengar 10 kali laungan ‘marilah mengejar kejayaan’ dalam azan. Tapi Berjaya tu tak semestinya mempunyai duit berjuta2 dalam simpanan. Nanti silap2 dlm jiwa kite terpalit kekotoran sedikit2. Syaitan pun pasti lagi seronok nak test power pada kita. Dan cube pk, Mesti ada makna kenapa kite tak pernah dengar laungan ‘marilah mengejar kekayaan’ setiap hari. Cube kita jangan letak kekayaan sebagai landasan untuk kebahagiaan. Bayangkan kalu tibe2 Allah uji kita dengan kehilangannya. Agak2 leh hidup tak?



Bagi aku, Ape yang penting adalah keseimbangan dalam hidup. Berjaya dalam akedemik, Berjaya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab, berjaya menggembirakan pasangan hidupnya, berjaya menjadi ibu mithali kepada anak2 dan yang paling utama berjaya menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptanya.


Cukupla dengan segalanya dicukupkan oleh Allah (dalam erti kata lain berkat) untuk kita dan kita tak berhutang. Sentiasalah berdoa untuk mendapat cinta, berkat dan redha Allah. Bersyukur dengan ape yang kita ada walaupun tak sebaik yang orang lain ade. Segala nya berhikmah. Kebahagian akan dikecapi adalah apabila semua dilakukan berbalik kepada Allah. Semoga kita berada dalam perhatianNya. Aminnnnn…

Feb 12, 2009

Tahniah adikku sayang...

Alhamdulillah...

aku sangat2 gembira bila adik aku dapat kije govt...

sangat2 tak sangka sbb ramai bangat yang apply...

mula2 adik aku terima surat yang dia adalah calon simpanan...

kejap aje dia dapat surat yang dipanggil melapor diri...

aku kagum betul ngan adik aku ni...

sbb rezeki dia sangat murah...

dari ape yang aku lihat adik aku sangat2 pemurah...

itula kunci rezeki dia...

syukur Alhamdulillah.

moga adik aku sukses dan dapat sambung belajar lagi...aminnnn

Feb 1, 2009

minggu ini

oleh kerana kemalasan untuk menulis setiap hari. maka, kite buat aje kesimpulan untuk minggu ni. minggu ni agak suram dalam hati tapi luaran mesti pandai cover. Sebenarnye tak pro mana pun bab bab cover ni. Tapi seperti biasa kugagahi juga. so nampakla muka aku ni gembira aje. n kak zana ade tolong bagi aku ketawa banyak.


Minggu ni sue belanja tgk wayang kat Jusco Bukit Raja. So kami pergi bertiga sekali ngan kak zana. aku yang suggest tgk cite ni sbb citer ni pakwe lama aku berlakon. siapa lagi kalu tak Brandon Fraser. pergh...hensem bangat. Dalam citer tu terserlah ciri bapa orang. huhuhu. sangat suka. citer tu tajuknyer INKHEART.



okla citer dia. leh bagi 4 bintang. lagipun aku kan gilekan hero dia. 5 bintang pun aku leh bagi. takderla rasa rugi gi tengok. citer ni berkisahkan....mmm... tgk sendiri la yer kalu nak tau citer dia. Tapi tgk wayang ni bahaya sbb leh ketagih. jadi janganla tengok selalu. Sekali sekala okla. Lagipun kalu jadikan rutin agak membazirkan duit. takyah lah kot. cume kalu nak release tension sekali sekala tu takperla.

okla... takder idea n mood lak nak tulis... jumpa di keluaran lain pula yer.. assalamualaikum.