Jan 19, 2009

Selamat pengantin baru Anisah



Selamat Pengantin Baru Anisah....




Anisah adalah antara kawan kelas aku yang paling rapat dengan aku. Dia yang paling aku boleh masuk. Boleh kata satu kepala la dengan aku. Banyak sangat pengalaman manis aku lalui bersamanya. Pengalaman bekerja di Jusco and belajar english bersama. Kami selalu mengimpikan sesuatu bersama. Tapi impian yang kami impikan itu dah menjadi kenyataan di pihaknya. Aku tumpang gembira buatnya.




Daripadanya lah aku berkenalan dengan Aishah, antara kawan2 aku yang aku sayang. Aishah pula aku rapat bermula masa di Matrik Malaka dulu. Rumah kami bertiga pun tak jauh sangat so selalu la hang out and melepak di rumah salah satu antara kami. Segala rahsia antara kami tergenggam kemas antara kami. Cewah...penuh ngan antara kami.




Tanggal 16 Jan 2009 sah Anisah menjadi milik orang. Dan aku tidak melepaskan peluang menghadiri hari bahgianya pada 17 Jan 2009 bersama pilihan hatinya Syamin. Memang seri pengantin naik pada wajahnya. Kendurinya simple but really nice n smooth. Pendek kata aku pun teringin nak majlis macam tu, sebab sangat selesa.




Aku doakan kebahagian Anisah di dunia dan akhirat. Semoga Syamin menjadi peneman Anisah di dunia dan di syurga nanti. Dan di anugerahkan anak2 yang soleh..... amin....

aku n diana




antara kawan2 sekolah aku yang hadir

Jan 17, 2009

mmmmm



mmmmm.... Jam dah pukul 1:20 pagi di koordinat umah yun. Mata still takleh nak tido. Badan pula tersangat letih. Aku cube scan minda aku guna hati...waa serabut... Aku cube scan hati aku guna minda...waa kosong. Waduh2 pendek kata aku tersangat tertekan. Banyak sangat perkara yang aku pikir. Walaupun 2 minggu lepas aku rasa sangat lapang kerana dapat holiday ke Melaka, tapi minggu ni banyak hal membelenggu fikiran aku.

mmmmm.... Kerja di lab pun tak menyebelahi aku. aku cube gagahi stay malam di fakulti ku sehingga paling lewat sepuluh malam. Memang tenang keadaannya sampai meremang bulu roma aku. Tapi kerja lab tak membawa hasil menyebabkan kekeciwaan yang memurungkan aku selama beberapa jam dan hanya Tuhan aje yang tahu bagaimana perasaan aku saat tu. Inila dunia research. Ape pun hidup perlu diteruskan....

mmmmm.... Dugaan nampaknye semakin visible dalam minggu ni. Supervisor aku pun macam nak ngamuk kat aku. Ni pun pasal satu trajedi tak dpt larikan diri dari dia n tak berat mana pun. Bukannya teruk sangat. Tapi takperla aku admit salah aku juga. Ya Allah sejukkanlah hatinya.

mmmmm.... lately pertambahan selera makan significant correlated to my body weight. agakla hangin. tapi nak wat camner metabolisma tak berapa nak berjalan betul. huhuhuhu. penin2...

mmmmm....very empty in da heart but full in da mind...

mmmmm.... Ya Allah berilah peluang pada aku untuk memenuhkan seluruh kotak hatiku dengan mencintaiMu....ampunkanlah diri ini Ya Rabb...