Nov 29, 2008

My Sis Graduation Day...

my family.......





with my kazens.....


Tahniah buat adik ku yang kini adalah graduan diploma pengurusan perniagaan kolej islam antarabangsa....sebenarnyer event dia minggu lepas...tapi baru hari ni ade masa nak menulis... event adik aku ni berlangsung di UIA. alhamdulillah semuanyer berjalan lancar. takderla dia tersekat atau tersalah langkah ke atas pentas tu...tapi kami menunggu sampai ke petang gak la
nak tgk dia sorang amik scroll tu....padahal benda tu berlaku dalam masa sepantas kilat...berapa saat jer....sampai kazen aku kata "tolong...adakah kita perlu mengharungi ini semua untuk tgk nora dlm beberapa saat je...".
huaaaaaaaaa..

Bersyukur jugala kerana adik aku yang bijak memilih kolej swasta yang agak ok. sebab pengalaman lepas kawan2 aku yang belajar kat satu kolej swasta ni..... penat blaja jer...pastu tau2 tak diiktiraf kerajaan....kesian betul....lagi2 buat yang belajar sungguh-sungguh tu...

bila lihat adik aku konvo dan lihat pula kawan2 dia yang ader gak yang agak tak berjenis tu membuatkan aku berpikir....aku dah banyak melalui pengalaman berkawan dengan pelbagai jenis manusia...dari aku masuk ke alam sekolah, alam matrik, alam universiti, alam pekerjaan dan ke alam universiti kembali...2 ketegori je yang aku nampak....berjenis ngn tak berjenis....tapi sebenarnyer semua tu pengalaman berharga yang membuka mata kita tentang hidup ni. ape yang aku dapat lihat, diri aku terpaksa menyesuaikan kepada setiap keadaan....tak semua keadaan tu aku boleh masuk.

sebenarnya pada pandangan aku....Allah berikan perjalanan hidupku dan pertemukan aku dengan pelbagai golongan manusia mempunyai banyak hikmah disebaliknya....terutamanya aku dapat rasa pahit maung golongan manusia yang agak kurang pendidikannya...pemikiran mereka tak sama...kebanyakannya aku lihat lebih bertindak mengikut perasaan dari menggunakan minda...tapi tak semua...ada juga yang menggunakan fikiran dlam situasi genting...tapi sedikit...tapi aku gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan mereka...dapat kongsi ape yang mereka mahu dan ape yang mereka tak mahu...yang paling penting ini yang patut aku bawa sama bila aku berada di atas...untuk menjadi insan yang lebih bersyukur dan memahami...

kita manusia sama aje di sisi Allah...cumenya yang membezakan kita adalah amalan kita bukan harta kita...Allah tak pandang pun harta kite malah dia yang beri harta itu kepada kita...kepada yang agak berjaya dan bernasib baik tu....tak perlu nak berlagak dan berbangga diri...seme tu datang dariNya...kalau Allah tak beri anda takkan dapat...jadi je insan yang lebih bersyukur...kerana anda bakal tempah kebahagian di akhirat.

kepada manusia yang hidupnya hanya mengadap komputer dengan main game, adalah rugi sebenarnyer.....u cannot see the real world....

Subhanallah....









Nov 21, 2008

Sentimental...



Sentimental mood...



Hari ni my emotion a bit sentimental... aku tgh nyanyi lagu ni...tapi korang kena duk dekat ngn aku la baru leh dengar...










Agnes Monica - Matahariku

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku

Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu

Kini kau pergi dari hidupku

Ku harus relakanmu walau aku tak mau

(Chorus 1)

Berjuta warna pelangi di dalam hati

Sejenak luluh bergeming menjauh pergi

Tak ada lagi cahaya suci

Semua nada beranjak aku terdiam sepi

(Chorus 2)

Dengarlah matahariku, suara tangisanku

Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku

Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu


Tapi bukan aku...by kerispateh

Jangan lagi kau sesali keputusanku,

Ku tak ingin kau semakin kan terluka

Tak ingin ku paksakan cinta ini,

Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa,

Khianati rasa demi keinginan semu

Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku

Karena tak kan pernah kan kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini,Dan jangan kau tangisi lagi

Sekalipun aku tak kan pernah mencoba kembali padamu

Sejuta kata maaf terasa kan percuma,

S’bab rasa ku t’lah mati untuk menyadarinya

Bridge:

S’moga saja kan kau dapati

Hati yang tulus mencintaimu, tapi bukan aku



Aizat- Fikirlah

Benarkah salahku, lepaskan kamu

Kau duga egoku, fahami diriku begini

Tiada yang sama Yang pasti kita semua bebeza

Kau fikirlah

Chorus

Tiada guna cipta sebuah cerita

Kalau kisah kita sementara

Rasa hati dan langkahmu Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita

Sungguh semua tidur pun tak lena

Rasa hati dan katamu

Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu

Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku

Kini berbeza Namun masih ku harap kau bersedia

Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu

Tangis dan juga sayumu

Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita

Kalau kisah kita sementara

Rasa hati dan langkahmu

Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,

Sungguh semua tidur pun tak lena,

Rasa hati dan katamu

Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena

Rasa hati dan katamu

Tak lagi seperti dulu

Aku keliru Aku keliru


P/S: lagu2 ni takder kena mengena ngn hidupku....

jodoh...kena cari ke???



Assalamualaikum sahabat2 ku sekelian...hari ni aku terpanggil untuk menulis. letih bangat hari ni... lama aku tinggalkan kerja2 lab aku...duk asyik wat kije kat pc, sampai lupa kije lab aku tertangguh...tapi kije aku terganggu ngn blackout kat bilik lcms...tapi takperla...aku habiskan masa tulis blog ni yer...

hari ni aku nak citer kisah jodoh. makcik2 aku n sepupu2 aku selalu aje buka topik pasal jodoh. kepada makhluk yang tak bertemu-temu ngn jodoh lagi ni agaklah mmbingitkan telinga juga mendengar topik yang di utarakan itu. aku terpikir juga satu pepatah yang mengatakan 'kalau dah jodoh tak kemana'. pepatah tu sedikit sebanyak membuatkan minda aku terpikir satu persoalan yang agak serius jugala..haha..cam gempak jer.

aku terpikir perlukah kita cari jodoh tu atau tunggu je ia datang? aku cube mencari jawapan. aku mahu aje berpegang pada pepatah di atas yang mana aku rasa yang jodoh tu mesti datang pada kita. tapi aku masih ragu2. minda aku terus memikir....memikir...dan memikir.

satu petang tu dalam beberapa hari yang lalu aku dapat rasa macam persoalan aku tadi terjawab. aku cube untuk menenangkan pikiran aku pada masa tu. bila rasa agak kurang semangat aku suka capai buku kegemaran aku nih. buku tu tulisan Ibnu Al Jauzi yang bertajuk menjejaki sukses luar biasa. sedang membaca minda aku terpikirkan sepotong ayat Al Quran: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11). walaupun ayat ni agak selalu kite dengar tapi kita selalu tak ambil pusing pun makna disebaliknya.huhuhu. Ayat ni menekankan tentang usaha. iyala..mana boleh tunggu bulan jatuh ke riba..kita kena usaha...chaiyok2...tak kirala bagaimana pun usaha kite yang penting kita kejarkan Redhanya.doa tu senjata paling berharga...mintala...mohonla...dariNya.

'Bila Allah memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila dia lambat memakbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, oleh itu, sentiasalah bersangka baik denganNya.'

Ade sahabat aku sorang ni selalu habaq kat aku dan menakutkan aku yang lelaki makin sikit. Keep mention yang lelaki makin sikit. tapi sebenarnya lelaki bukan sikit cumenyer lelaki baik yang sikit...huhuhu. pegang aje ni seme...perempuan baik untuk lelaki baik...itu janji Tuhan. tapi jangan lah pertikaikan kenapa aku baik tapi dapat pasangan yang tak baik...itu mungkin timbal balik dari ape yang pernah kita lakukan dulu..atau pun itu adalah dugaan yang Allah berikan pada kita untuk menambahkan lagi iman kita.

sabarlah kawan2 kalu yang masih belum berjumpa dengan jodohnya.. terutama kepada kazen2 dan adik aku yang mmg lawak habis...korang sure ade jodohnyer...sabar jer...doa, usaha dan tawakal.

Nov 14, 2008

Assalamualaikum semua yang sudi singgah ke blog hamba....

topic ari ni writing........
hari ini bersamaan 14 Nov 2008 buat pertama kalinyer aku writing....bukan wrtiting thesis tapi writing kat blog page aku...my berry2 best friend kata yang aku takder bakat menulis...tapi lantak la ape org kata...aku tetap nak menulis...yang paling best skali...aku bercita-cita nak tulis novel. punyalah plot citer penuh dalam otak tapikan bila sampai depan komputer nak menulis terus minda aku jamm. sedey wooo... tapi takper...akan aku gagahi berusaha juga satu hari nanti. Lega sangat hari ni sebab aku dah settlekan paper untuk conference. setengah bulan aku writing paper tu . berasap2 otak aku perah tuk paper ni. Rasa berbesar hati dan bersyukur akhirnya aku dpt menyiapkan paper pertama aku selama study ni.

ooo kawan2ku...

hari ni aku sempat menonton sebahagian citer al-hidayah yang ditayangkan di TV3. aku terpanggil untuk berkongsi ngan kawan2 sedikit pengisisan yang aku dapat hari ni. tak banyak mana pun tapi yang penting ia terlekat di dalam hati.

syukur kepada Ilahi kita dianugerahkan sepasang mata untuk melihat alam ciptaannNya.. bayangkanlah jika Allah tarik nikmat tu....nauzubillah...ape yang terlintas dari hati kawan2 kalu melihatkan pelangi indah menghias langit, awan putih berarak damai, air terjun mengalir dari atas bukit, sungai yang mengalir tenang....huhu...damai rasanyer...pasti yang akan keluar dari mulut kita ialah perkataan waaaaaaaa....itula silapnya kita. cuba kita ubah perkataan waaaa itu kepada sepotong ayat dari surah al imran ayat 191 yang bermaksud: 'Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia' dan seterusnya ucpkanlah Subhanallah...kan lebih bererti... barulah diri akan terasa lebih bersyukur...betul tak...sama2 la kita praktikkan lepas ni...