May 30, 2009

menjawab tag dari Sara...

waa.. aku dapat award dari Sara...wakaka



Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini : CINTA-MAI
1) Datang dengan pakej bila berborak ngn dia...iaitu aksi dan kata2nya datang seiring...hehe
2) Suka bancuh milo dengan air sejuk dari peti ais.
3) Sangat setia kepada Sham.
4) Suka berfikir. kadang2 geli hati tgk dia fikir satu2 benda. bersungguh.
5) Nampak sngat dia adalah anak sulung.

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta ataupun hobi diri sendiri

1)Suke merehatkan mata.
2)Sekarang dah rajin berjogging.
3)Kena kenal dulu baru leh borak pnjang2. sbb mula2 i ni mmg pemalu.
4)Suka lihat keindahan ciptaan Allah terutama awan n bintang kat langit.
5)teruja dengan buku2 motivasi.
6)suke cite jepun sbb citenye byk motivasi n my parent selalu geleng pale.
7)suka mengkaji.
8)susah nak buat keputusan. penin la nak pilih mana the best.
9)agak memilih. tak seme benda masuk wavelength kite kan.
10)sangat simple orangnyer... spt kata mak aku "tengok kak ila tu. simple je."

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
semua orang yang view yer...adik2 aku, kazen2 n kwn2 semua



May 12, 2009

4 perkara

petikan dari buku roomate aku... La Tahzan... karangan Aa'id Abdullah al-Qarnee

4 perkara yang membuatkan badan sakit:
  1. banyak bicaraàmembuat kemampuan otak menurun, cepat tumbuhkan uban.
  2. banyak tiduràwajah pucat, hati menjadi buta, mengeringkan mata, malas bekerja,cenderung berperilaku kasar,mendatangkan penyakit2 yang tiada ubat.
  3. banyak makan
  4. banyak membuat hubungan badanàbadan lemah, kekuatan menurun, menurunkan kesegaran tubuh, membuat otot mengendur.

4 perkara merosakkan tubuh:

  1. cemas
  2. sedih berpanjangan
  3. lapar
  4. kurang tidur malam

4 perkara memberikan kesenangan dalam hati:

  1. melihat yang hijau2
  2. melihat air yang mengalir
  3. melihat kekasih
  4. melihat buah-buahan

4 perkara membuat pandangan gelap

  1. berjalan tanpa kasut
  2. pagi dan petang dengan wajah muram penuh dengan kemusuhan
  3. banyak menangis
  4. banyak menatap gais yang kecil2

4 perkara badan jadi kuat

  1. memakai pakaian yang lembut
  2. mandi dgn air panas
  3. memakan makanan yg manis dan berlemak
  4. mencium wangian

4 perkara menghilangkan kesegaran wajah

  1. berbohong
  2. tidak tahu malu
  3. terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
  4. melakukan maksiat

4 perkara menyegarkan wajah

  1. menjaga harga diri
  2. menepati janji
  3. dermawan
  4. taqwa

4 perkara mendatangkan rezeki

  1. bangun malam untuk solat
  2. banyak beristighfar menjelang fajar
  3. membiasakan memberi
  4. berzikir di ptg ari

4 perkara mencegah dtgnya rezeki:

  1. tidur di pagi hari
  2. jarang solat
  3. malas
  4. suka berkhianat

4 perkara membahayakan pemahaman otak:

  1. ketagihan makanan dan buah2 yg masam
  2. tidur terlentang
  3. resah
  4. gundah gulana

4 perkarayang menambah daya permahaman

  1. hati yg bersih
  2. tidak menyelangi makanan dengan minuman ke dalam tubuh dengan berlebihan
  3. mengatur menu makanan yang baik dan menambahkan makanan manis dan berlemak
  4. membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan

Cinta dalam hati udah di campak di lombong seksyen 7 masa jogging aritu


Lirik Lagu Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja

tetiba aku tengok laptop aku ade lagu ni kat dekstop mesti kerja effa download lagu ni tapi aku tak kisah sbb aku harapkan dia download harapkan aku, tak berapa tau sgt lagu ape yang tgh top2 so aku try dengar dan memahami liriknya huhu cam kena ckit2 pula ngan aku so aku tujukan lagu ni pada sapa2 rasa dialah orangnya dan kuucapkan selamat tnggal untuk org itu kalu itu yang akan membahagiakan diri masing2 segala ketentuanNya pasti terbaik untukku

end of the episode.

p/s to all my pren: don't ever ask about it again...

May 9, 2009

jumaat...

salam semua...

Lama tak tulis blog...idea cam takmo datang...huhu

Cumenyer nak bercerita sikit tentang hari jumaat hari meronggeng...

Perkara biasa kalau hari jumaat mesti kami dak2 lab akan memikirkan destinasi budget yang akan dituju... kalau sebelum ni kompleks PKNS dan JUSCO yang selalu menjadi sasaran...itu kalu bukan masa budget sifar la... tapi kini akibat masing2 duk penin ngn projek yang tak siap2 nih...kurang sikitla langkah kami ke sana.

Bagi tidak menghampakan permintaan hati yang agak2 rasa nak release tension ni destinasi budget kali ini membawa kami ke seksyen 16 untuk perkena cendol. paling murah sbb singgit dua kupang harga cendol berbanding ABC yang dah cecah RM 2.50. ape tidaknya dengan cuaca yang agak panas sekarang ni...rasa cam berada di Banjaran Himalaya masa air cendol mengalir ke esophagus.

Sebenarnye semua hanyalah kebetulan je. kebetulan nak hantar Yo ke stesen bas sbb dia nak balik Kuantan, maka ambil la kesempatan singgah jap ke tempat cendol tu. mula2 muke sorang2 kalu korang tengok nampak berat je nak pegi. muka ala2 tak sedap mata memandang. muka berbelah bahagi. ader tu muka pandang ke kami yang duk memujuk ni tapi tangan maintain kat keyboard. biaserla masing2 banyak kerja. tapi aku n kak kema gagah juga pujuk. kah kah. pastu amik ko naik viva 6 orang. semua termakan pujuk rayu kami. ni la mangsa2 nyer...

mangsa pertama: kak zana
mangsa kedua: kak fariza

mangsa terakhir: kak fisya
pemangsa: kak kema dan aku


So cendol Pak Akob here we come!!!




wei...makan sedap aje nih...badan aku pun dah naik beberapa kilo...tertekan!!! so petang tu aku terus gi jogging ngan kak kema...tapi kan lps jogging pi mkn roti bakar kat Pak Li... patut ke???

May 2, 2009


adik aku n kazen aku telah meng'tag' aku... meh kite jawab soalan sama2...

1) Adakah anda suka blogging? kenapa? suke??
suka takderla...lbh kepada nak berkongsi...

2) Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5

* adek2ku
* kazen2 (teha,shela,fatin)
* yang ade dlm list aku tu
* blog2 yang best2
*dah tambah satu lagi, ikut adek aku...blog2 yang ade menjual brg2..

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah org itu?
ade ke org taknak??? musykil tul...takder hati kaa? belum ader list lagi...sesiapa pun boleh asal ikhlas dan benar.

4) Taken or single? Mana lebih bagus?
ermm...dua2 ade pro and kontra...

5) Pernah tak cinta anda tidak di balas? haha...soalan cepu
entah... sbbnyer tak pernah pula gitau org tu kalu jatuh cinta pun dengan dia...
camne dia nak balas kalu dia tak tau kan... sikit petua tuk org pompuan...rasa agak2 dia taknak balas baik undur diri awal2.

6) ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)
5 je ke? sikit tu...haha...yang penting baik utk diri, family n agama. Seorg yang bijak, matang n penyejuk mata dan hati. ..simple kan. sape nak test power meh masuk meminang.

7) Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
umo doesn't matter...ceiit...kalu dah tua ade ke org nak? cadang akhir tahun depan cam kak kemar tapi calon takder agi ni...kalu takder calon kena tunda lagi la gamaknyer...wakaka

8) Nak berapa anak?
ikut rezeki...

9) Lucky person yg anda ingin tag: (refer to item no 6)
kwn2 lab aku yang ade blog terutama kak fisya n sesiapa yang singgah blog aku aku tag.