Dec 30, 2008

Pemilihan Calon Isteri Buat Anda



Assalamualaikum seme...kembali lagi...

Ikutkan lama dah nak tulis tentang bakal ditulis sebentar lagi ni, cumanya baru ada masa terluang. Hari ni, nak cerita sikit tentang pemilihan calon isteri. Ramai yang tersilap maksud dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:


"Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”


Ramai beranggapan 4 perkara tersebut adalah kriteria yang perlu untuk pemilihan isteri anda. Di dalam program al-kuliyah baru2 ini, Ustaz Dato' Hassan Din Al-Hafiz ada menerangkan berkaitan hadis diatas setelah ditanya oleh salah seorang penonton. Dia menerangkan bahawa 4 perkara tersebut adalah perkara utama seorang lelaki memilih calon mereka mengikut turutan paling popular, sedangkan kriteria utama yang di tetapkan oleh Allah cuma perkara terakhir itu iaitu agamanya. Jadi kahwinila seseorang itu kerana agamanya....selamat dunia akhirat...amin...

Dec 22, 2008

Nasihat Luqmanul Hakim


::Tentang nasihat Lukmanul Hakim ada disebut di dalam Al-Quran pada surah ke-31 (surah Luqman)...ringkasan nasihatnya kepada anaknya::

  1. Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah, kerana perbuatan itu adalah nyata2 satu kezaliman yang besar.
  2. Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada ibubapa kamu.
  3. Jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Allah, maka janganlah kamu mengikutinya dan pergauli sajalah keduanya dengan cara yang baik.
  4. Hendaklah kamu mendirikan solat, menyuruh manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar serta sabarlah terhadap cubaan apa sahaja yang menimpamu.
  5. Jangan berlagak dan sombong kerana Allah tidak suka.
  6. Hendaklah kamu sedehana dalam berjalan dan lunakkan serta lembutkanlah suaramu.

::Berkata putera Lukmanul Hakim kepada ayahnya::

" Ayah! Manakah perangai paling baik dari seorang manusia?"

"Agama"

"Kalau perangai itu dua jenis?"

"Agama dan harta."

"Kalau tiga?"

"Agama, harta dan malu"

"Kalau empat?"

"Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik."

"Kalau lima?"

"Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah."

"Kalau enam?"

"Wahai anakku sayang, kalau lima perangai itu berkumpul pada seseorang. Maka dia adalah orang yang suci, terpelihara dan dilindungi oleh Allah dan bebas dari Syaitan."


Dec 13, 2008

aku adalah aku...siri pendedahan...



Hari ni aku nampak diri aku dan kawan2 aku dalam TV. Aku teringat dulu kami ada menghadiri ceramah semperna 'maal hijrah' dari Prof. Muhd Kamil Ibrahim di mana isi ceramahnya berkisarkan tentang penghijrahan dirinya ke arah menuju Allah s.w.t. Beliau menceritakan pengalaman indahnya menunaikan fardhu haji di Mekah. Isi ceramahnya memang menusuk ke hati sehingga tak sedar air mata mengalir. Beliau ada menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Travelog Haji yang berkaitan dengan ibadah haji.

sedikit sedutan dari ceramah tersebut menghiasi program TV 'Iktibar dari Tanah Suci' yang ditayangkan di ASTRO OASIS di mana muka aku and kawan aku pun sama turut menghiasi kaca TV aku. aku menonton ulangan nya tadi. banyak pengisian. Cumenya kalau dengar ceramah beliau lebih menusuk ke hati.

sedikit pengisian yang aku dapat hari ini untuk diri ini dan teman2...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mensia2kan hambaNya yg berusaha ke arah kebaikan"

Walaupun kita bukan ustad atau ulama tidak bermakna kita rendah di sisi Allah. Orang yang ader ilmu tapi tidak mengamalkannya lebih buruk dari kita yang sedikit ilmu tetapi mengamalkan setiap ilmu yang kita ade.

Hati kita biar kita serahkan sepenuhnya pada Allah. Tidak kiralah siapapun kita walau bukan ahli agama,walau dosa sebelumnya setinggi gunung, yang penting kita berubah ke arahNya dengan kita tahu siapa kita, di mana kita berpijak, ape tanggungjawab kita, ke mana kita perlu letakkan hati kita...dengan semuanya biarlah berbalik kepada Allah s.w.t.

Ingatlah....

"Andai kita melangkah setapak ke arah Allah, Dia akan berlari seribu langkah ke arah kita!"

walaupun diri ini tak berubah sepenuhnya lagi...tapi aku tahu hatiku ingin kemana...diriku ingin kemana....jiwaku ingin kemana.... aku bukan manusia sempurna....aku bukan malaikat....aku manusia yang tak lepas dari hasutan syaitan dan nafsu...ape2 pun boleh berlaku...tapi aku kuat berdoa semoga hidayah Allah sentiasa bersamaku...supaya hati ini tak lari dari mencintaiNya... aku sangat inginkan redhaNya walau aku tahu diri ini tak layak... Tapi aku sentiasa berdoa padamu Rabbi.... jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mencintaiMu lebih dari segalanya...aminnnnnnnnn.

Dec 8, 2008

Jalan2 kejar kedai jam...episod geram...



Kesah bermula pada hari sebelumnye dimana kawan aku cerita yang adik dia baca newspaper, kata adiknya esok ada jualan murah diskaun hebat jam tangan kat OU...katanya lagi yang jualan ni start dari 6 ptg sampai 8 mlm...so kami hanya ade 2 jam...Kawan aku yang Diana ni pun agaklah excited nak beli jam tuk hantaran tunang... so kami pikir nak pi la esoknya...


Pada hari nya...ikutkan minggu lepas...jumaat malam...bersamaan 28 Dec 2008...perghh...hari
yang agak tension... sebabnya kami berempat(aku, Diana, angah, kak fisya) agak terlewat
bertolak... so kami kena rush....dengan nak hujannya korang bayangkanlah jalan kat PJ camner kan...adushhh jam la jugak kan...kena pula yang kami tak berapa nak tau jalannyer... sampai kak fisya penunjuk jalan kami atas pertolongan kawannya pun kelu bila berhadapan ngn jalan yang bercabang...caiyok punya caiyok....akhirnya kami nampak OU dari jauh...
huhahahahaha....tekanan kurang ckit....


tapi............................................................

cube korang tengok jam kat kete diana ni.....ader tak rasa cam nak terjun dari kete....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....ala cam tak nampak walaupun dah cukup besar gambar ni...dah pukul 7.30 dahhhhhhhhhh kat jam tu.............


pastu pula ala nak masuk ke OU tu jam pulok doh....


huhuhu....panjang bebenor nok cite satu2.....setelah meredah jem kami pun sampai la dlm OU tu...cari nahas lagi kami ni....sebabnya...kami tak tau la kedainyer katmana..... huwaaaaaaaaaaaaaa.... nangis sambil tergelak....


kami sempat cuci mata tgk tarian salsa dari jauh...kapal star cruise wat sesi promotion ape tah....perghhh sosialnyer manusia2 masa tu ngn keadaan yang agak bingit...tah ape la yg diorg nak dlm hidup ni kan....enjoy sajer....tu syurga bagi diorang kot...tak takut lgsung nak kena godam kot mati nnti..


dua-dua sayap kami jelajah...berlari-lari anak dan bapak kami...ramai juga orang...friday night la katakan...rupenyer kan...kedai kami singgah first skali tu la kedainye...tapi kami gagah juga mencari jauh2...tanye kaunter pertanyaan kat atas kedai tu pun leh tak tau...kami tanyer kaunter sayap lain pula yang tau....hangiiiiiin betul...tapi kami tetap relex walaupun Diana dah sakit pale...sian dia...karang pengsan my berry2 best pren aku ni susah lak....nasib baik takder ape2....


kisah tension dan hangin tak berakhir di situ...sesampai dalam kedai...org kedai tu kata dah habis masa...huuuwaaaa....lagi sengsara adela dalam 9 jenis jam yang bentuk pun agak2 sama je yang diskaun... perghhhhhh....huwaaaaaaaa....sian tul kami

kawan aku yang bagi info pun rasa bersalah...sian kat dia juga....yang best dia blanja makan secret recipe....hbs duit dia...sian...tapi sedap....time kaseh pada dia kerana menceriakan kami kembali...

pendek kata walaupun geram n hangin tapi pengalaman yang best juga sebenarnyer... :)





Dec 3, 2008

mutiara kata tuk seme...



sedikit mutiara kata buat kite semua, penting ni...baca jgn tak baca...

Dari Ali bin Abi Talib,

"Bukanlah suatu kebaikan jika milikmu yang banyak hanyalah anak-anak dan harta sahaja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan, besar kesabaran dan sangat penyantun. Hendaknya jangan pula engkau merasa bangga dengan banyaknya beribadat kepada Allah, jika engkau berbuat kebaikan, memujilah serta bersyukurlah kepadaNya"

"Jangan merasa ada yang (mampu) memberikan nikmat kepadamu selain Allah. Dan anggaplah segala nikmat yang engkau terima selain Allah itu sebagai kerugian. (Yakni di antara engkau dengan Allah tidak terdapat perantara, maka semua nikmat yang engkau tarima adalah semata-mata dari Allah; dan bila sampai engkau merasa menerima nikmat dari sesama manusia, maka itu menjadi kerugian bagimu"

Dari Ibnu Mas'ud,

"Bukanlah ilmu itu kemahiran bercerita tetapi ilmu itu (menimbulkan) takwa kepada Allah"

"Tiada satu hari pun melainkan di dalamnya malaikat berseru: Hai anak Adam! Yang sedikit tetapi memadai bagimu, lebih baik daripada yang banyak tapi menganiaya kamu"

" Pada akhir zaman bnyk sekali orang yang menyelenggarakan ibadah haji tanpa sebab. Mereka melakukannya dengan perasaan ringan dan sama sekali tanpa kesukaran. Mereka sangat luas rezekinya dan berlimpah ruah hartanya. Tetapi mereka kembali tanpa membawa pahala, tertutup dari rahmat Allah serta terampas semua ganjarannya. Untanya melintasi padang pasir, sedang tetangganya yang mengikat perutnya kerana sangat kelaparan, tidak dihiraukan, apalagi di tolongnya."

nanti aku sambung lagi yer...cukupla tuk ari ni...


Dec 2, 2008

padamu kubersujud



budak lagi tapi suara besor...best lagu nih...ditujukan tuk seme.....








AFGAN - PadaMu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam

tiada yang bisa kulihat

selain hanya namaMu, ya Allah



Esok ataukah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat



Ampuniku ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat



Ampuniku ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujud



Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat



Ampuniku ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujudpadaMu