Dec 22, 2008

Nasihat Luqmanul Hakim


::Tentang nasihat Lukmanul Hakim ada disebut di dalam Al-Quran pada surah ke-31 (surah Luqman)...ringkasan nasihatnya kepada anaknya::

  1. Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah, kerana perbuatan itu adalah nyata2 satu kezaliman yang besar.
  2. Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada ibubapa kamu.
  3. Jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Allah, maka janganlah kamu mengikutinya dan pergauli sajalah keduanya dengan cara yang baik.
  4. Hendaklah kamu mendirikan solat, menyuruh manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar serta sabarlah terhadap cubaan apa sahaja yang menimpamu.
  5. Jangan berlagak dan sombong kerana Allah tidak suka.
  6. Hendaklah kamu sedehana dalam berjalan dan lunakkan serta lembutkanlah suaramu.

::Berkata putera Lukmanul Hakim kepada ayahnya::

" Ayah! Manakah perangai paling baik dari seorang manusia?"

"Agama"

"Kalau perangai itu dua jenis?"

"Agama dan harta."

"Kalau tiga?"

"Agama, harta dan malu"

"Kalau empat?"

"Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik."

"Kalau lima?"

"Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah."

"Kalau enam?"

"Wahai anakku sayang, kalau lima perangai itu berkumpul pada seseorang. Maka dia adalah orang yang suci, terpelihara dan dilindungi oleh Allah dan bebas dari Syaitan."


No comments:

Post a Comment