Ikutkan lama dah nak tulis tentang bakal ditulis sebentar lagi ni, cumanya baru ada masa terluang. Hari ni, nak cerita sikit tentang pemilihan calon isteri. Ramai yang tersilap maksud dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
Dec 30, 2008
Pemilihan Calon Isteri Buat Anda
Ikutkan lama dah nak tulis tentang bakal ditulis sebentar lagi ni, cumanya baru ada masa terluang. Hari ni, nak cerita sikit tentang pemilihan calon isteri. Ramai yang tersilap maksud dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
Dec 22, 2008
Nasihat Luqmanul Hakim
- Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah, kerana perbuatan itu adalah nyata2 satu kezaliman yang besar.
- Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada ibubapa kamu.
- Jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Allah, maka janganlah kamu mengikutinya dan pergauli sajalah keduanya dengan cara yang baik.
- Hendaklah kamu mendirikan solat, menyuruh manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar serta sabarlah terhadap cubaan apa sahaja yang menimpamu.
- Jangan berlagak dan sombong kerana Allah tidak suka.
- Hendaklah kamu sedehana dalam berjalan dan lunakkan serta lembutkanlah suaramu.
::Berkata putera Lukmanul Hakim kepada ayahnya::
" Ayah! Manakah perangai paling baik dari seorang manusia?"
"Agama"
"Kalau perangai itu dua jenis?"
"Agama dan harta."
"Kalau tiga?"
"Agama, harta dan malu"
"Kalau empat?"
"Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik."
"Kalau lima?"
"Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah."
"Kalau enam?"
"Wahai anakku sayang, kalau lima perangai itu berkumpul pada seseorang. Maka dia adalah orang yang suci, terpelihara dan dilindungi oleh Allah dan bebas dari Syaitan."
Dec 13, 2008
aku adalah aku...siri pendedahan...
Hari ni aku nampak diri aku dan kawan2 aku dalam TV. Aku teringat dulu kami ada menghadiri ceramah semperna 'maal hijrah' dari Prof. Muhd Kamil Ibrahim di mana isi ceramahnya berkisarkan tentang penghijrahan dirinya ke arah menuju Allah s.w.t. Beliau menceritakan pengalaman indahnya menunaikan fardhu haji di Mekah. Isi ceramahnya memang menusuk ke hati sehingga tak sedar air mata mengalir. Beliau ada menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Travelog Haji yang berkaitan dengan ibadah haji.
sedikit sedutan dari ceramah tersebut menghiasi program TV 'Iktibar dari Tanah Suci' yang ditayangkan di ASTRO OASIS di mana muka aku and kawan aku pun sama turut menghiasi kaca TV aku. aku menonton ulangan nya tadi. banyak pengisian. Cumenya kalau dengar ceramah beliau lebih menusuk ke hati.
sedikit pengisian yang aku dapat hari ini untuk diri ini dan teman2...
"Sesungguhnya Allah tidak akan mensia2kan hambaNya yg berusaha ke arah kebaikan"
Walaupun kita bukan ustad atau ulama tidak bermakna kita rendah di sisi Allah. Orang yang ader ilmu tapi tidak mengamalkannya lebih buruk dari kita yang sedikit ilmu tetapi mengamalkan setiap ilmu yang kita ade.
Hati kita biar kita serahkan sepenuhnya pada Allah. Tidak kiralah siapapun kita walau bukan ahli agama,walau dosa sebelumnya setinggi gunung, yang penting kita berubah ke arahNya dengan kita tahu siapa kita, di mana kita berpijak, ape tanggungjawab kita, ke mana kita perlu letakkan hati kita...dengan semuanya biarlah berbalik kepada Allah s.w.t.
Ingatlah....
"Andai kita melangkah setapak ke arah Allah, Dia akan berlari seribu langkah ke arah kita!"
walaupun diri ini tak berubah sepenuhnya lagi...tapi aku tahu hatiku ingin kemana...diriku ingin kemana....jiwaku ingin kemana.... aku bukan manusia sempurna....aku bukan malaikat....aku manusia yang tak lepas dari hasutan syaitan dan nafsu...ape2 pun boleh berlaku...tapi aku kuat berdoa semoga hidayah Allah sentiasa bersamaku...supaya hati ini tak lari dari mencintaiNya... aku sangat inginkan redhaNya walau aku tahu diri ini tak layak... Tapi aku sentiasa berdoa padamu Rabbi.... jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mencintaiMu lebih dari segalanya...aminnnnnnnnn.
Dec 8, 2008
Jalan2 kejar kedai jam...episod geram...
Kesah bermula pada hari sebelumnye dimana kawan aku cerita yang adik dia baca newspaper, kata adiknya esok ada jualan murah diskaun hebat jam tangan kat OU...katanya lagi yang jualan ni start dari 6 ptg sampai 8 mlm...so kami hanya ade 2 jam...Kawan aku yang Diana ni pun agaklah excited nak beli jam tuk hantaran tunang... so kami pikir nak pi la esoknya...
Pada hari nya...ikutkan minggu lepas...jumaat malam...bersamaan 28 Dec 2008...perghh...hari
yang agak tension... sebabnya kami berempat(aku, Diana, angah, kak fisya) agak terlewat
huhahahahaha....tekanan kurang ckit....
tapi............................................................
pastu pula ala nak masuk ke OU tu jam pulok doh....
huhuhu....panjang bebenor nok cite satu2.....setelah meredah jem kami pun sampai la dlm OU tu...cari nahas lagi kami ni....sebabnya...kami tak tau la kedainyer katmana..... huwaaaaaaaaaaaaaa.... nangis sambil tergelak....
kami sempat cuci mata tgk tarian salsa dari jauh...kapal star cruise wat sesi promotion ape tah....perghhh sosialnyer manusia2 masa tu ngn keadaan yang agak bingit...tah ape la yg diorg nak dlm hidup ni kan....enjoy sajer....tu syurga bagi diorang kot...tak takut lgsung nak kena godam kot mati nnti..
dua-dua sayap kami jelajah...berlari-lari anak dan bapak kami...ramai juga orang...friday night la katakan...rupenyer kan...kedai kami singgah first skali tu la kedainye...tapi kami gagah juga mencari jauh2...tanye kaunter pertanyaan kat atas kedai tu pun leh tak tau...kami tanyer kaunter sayap lain pula yang tau....hangiiiiiin betul...tapi kami tetap relex walaupun Diana dah sakit pale...sian dia...karang pengsan my berry2 best pren aku ni susah lak....nasib baik takder ape2....
kisah tension dan hangin tak berakhir di situ...sesampai dalam kedai...org kedai tu kata dah habis masa...huuuwaaaa....lagi sengsara adela dalam 9 jenis jam yang bentuk pun agak2 sama je yang diskaun... perghhhhhh....huwaaaaaaaa....sian tul kami
kawan aku yang bagi info pun rasa bersalah...sian kat dia juga....yang best dia blanja makan secret recipe....hbs duit dia...sian...tapi sedap....time kaseh pada dia kerana menceriakan kami kembali...
pendek kata walaupun geram n hangin tapi pengalaman yang best juga sebenarnyer... :)
Dec 3, 2008
mutiara kata tuk seme...
sedikit mutiara kata buat kite semua, penting ni...baca jgn tak baca...
Dec 2, 2008
padamu kubersujud
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujudpadaMu