Mar 1, 2009

Dating???



wei korang seme... Ari ni tv9 ada sajikan cite best untuk kite seme. Nak tau citer ape??? Cite HALAQAH. Episod kali ini adalah bertitle 'Dating'. Penceramah ari ni bukan favourite penceramah aku, tapi sbb episod kali ini adalah agak penting juga bagi aku yang masih belum berkahwin ni, so aku tonton untuk tambah ilmu aku yang sangatla sikit ini.

Memang fitrah manusia ini ingin mencintai dan dicintaikan. Dan dalam Islam juga kita digalakkan mengenal pasangan kita. Seperti yang kita ketahui seorang lelaki yang ingin memilih bakal isterinya dibenarkan melihat wajah dan tapak tangannya kan. So janganlah teruk sangat memandang hukum Allah ni. Semua yang Allah larang tu mesti ada hikmahnya.

Memang tak dinafikan takder istilah dating dalam islam. Tapi kriteria untuk bercinta dan berdating ni masih boleh dengan berlandaskan hukum islam. kite try dating dekat rumah family ke. dating masa ade majlis kat rumah kite atau sedara ke. Kalau nak juga privacy try pi dating tempat ramai orang dengan membawa bersama muhrim anda atau kawan anda yang tak mungkin bersubahat dengan anda. Tak salahkan. Apela sangat nak borak privacy ni. Belum kawin lagi kan. yang agak2 privacy tu kite cite la lepas kahwin.

Memangla seumur hidup aku ni aku tak pernah berdating. mana taknya bercinta pun baru sekali. Tak sempat nak dating pastu putus pula. huhu ...tragis betui. tapi aku still rasa diri ini banyak dosa. lagha banyak wei. walaupun hanya berbual dalam tepon tapi still boleh timbulkan lagha beb. bahaya sebenarnyer. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku berdoa sangat2 agar akan datang Allah membuka hati ini untuk cinta yang diredhaiNya. Aku risau juga. Aku manusia memang takkan dapat lari dari ujian. Ujian Allah yang sebenarnya untuk melihat tahap iman kita. Nak kena lawan nafsu ni. adushhh... Ya Allah kuatkan lah hati dan diri ini. ayat ni best tuk kite semua "Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU." huhu. kite kena kuat ye kawan2, caiyok2. moga kite sentiasa dalam perhatianNya. aminnn ya Rab....


No comments:

Post a Comment