Nov 29, 2008

My Sis Graduation Day...

my family.......





with my kazens.....


Tahniah buat adik ku yang kini adalah graduan diploma pengurusan perniagaan kolej islam antarabangsa....sebenarnyer event dia minggu lepas...tapi baru hari ni ade masa nak menulis... event adik aku ni berlangsung di UIA. alhamdulillah semuanyer berjalan lancar. takderla dia tersekat atau tersalah langkah ke atas pentas tu...tapi kami menunggu sampai ke petang gak la
nak tgk dia sorang amik scroll tu....padahal benda tu berlaku dalam masa sepantas kilat...berapa saat jer....sampai kazen aku kata "tolong...adakah kita perlu mengharungi ini semua untuk tgk nora dlm beberapa saat je...".
huaaaaaaaaa..

Bersyukur jugala kerana adik aku yang bijak memilih kolej swasta yang agak ok. sebab pengalaman lepas kawan2 aku yang belajar kat satu kolej swasta ni..... penat blaja jer...pastu tau2 tak diiktiraf kerajaan....kesian betul....lagi2 buat yang belajar sungguh-sungguh tu...

bila lihat adik aku konvo dan lihat pula kawan2 dia yang ader gak yang agak tak berjenis tu membuatkan aku berpikir....aku dah banyak melalui pengalaman berkawan dengan pelbagai jenis manusia...dari aku masuk ke alam sekolah, alam matrik, alam universiti, alam pekerjaan dan ke alam universiti kembali...2 ketegori je yang aku nampak....berjenis ngn tak berjenis....tapi sebenarnyer semua tu pengalaman berharga yang membuka mata kita tentang hidup ni. ape yang aku dapat lihat, diri aku terpaksa menyesuaikan kepada setiap keadaan....tak semua keadaan tu aku boleh masuk.

sebenarnya pada pandangan aku....Allah berikan perjalanan hidupku dan pertemukan aku dengan pelbagai golongan manusia mempunyai banyak hikmah disebaliknya....terutamanya aku dapat rasa pahit maung golongan manusia yang agak kurang pendidikannya...pemikiran mereka tak sama...kebanyakannya aku lihat lebih bertindak mengikut perasaan dari menggunakan minda...tapi tak semua...ada juga yang menggunakan fikiran dlam situasi genting...tapi sedikit...tapi aku gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan mereka...dapat kongsi ape yang mereka mahu dan ape yang mereka tak mahu...yang paling penting ini yang patut aku bawa sama bila aku berada di atas...untuk menjadi insan yang lebih bersyukur dan memahami...

kita manusia sama aje di sisi Allah...cumenya yang membezakan kita adalah amalan kita bukan harta kita...Allah tak pandang pun harta kite malah dia yang beri harta itu kepada kita...kepada yang agak berjaya dan bernasib baik tu....tak perlu nak berlagak dan berbangga diri...seme tu datang dariNya...kalau Allah tak beri anda takkan dapat...jadi je insan yang lebih bersyukur...kerana anda bakal tempah kebahagian di akhirat.

kepada manusia yang hidupnya hanya mengadap komputer dengan main game, adalah rugi sebenarnyer.....u cannot see the real world....

Subhanallah....









No comments:

Post a Comment