Jun 3, 2009

Prioriti...

Aku nak berkongsi sedikit berkenaan dengan prioriti... kita selalu terleka dengan ape yang disusun mengikut kepentingan dalam hidup kita... ini adalah kerana kita selalu terikat dengan impian kita sehingga kita meletakkan impian kita itu yang pertama melebihi segalanya... memang dalam hidup kite untuk berjaya kita harus ada impian. tapi kite kena pikir juga siapa yang akan merealisasikan impian kita tu kalau bukan Dia kan. so kite berikan prioriti kita pada Dia dulu dan diikuti impian kita yer... di bawah adelah ciplak dari blog http://hafizfirdaus.com/content/view/188/78/. ape2 pun dalam islam sendiri pun ader prioritinyer... ini adalah merujuk kepada pesanan Luqman kepada anaknya...

Prioriti Pertama: (Allah berfirman, maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. [Surah Luqman, ayat 13] Berdasarkan ayat di atas, dapat diketahui bahawa prioriti yang pertama ialah tauhid. Ia merangkumi maksud kalimah “La ilaha illallah” dan perkara-perkara yang membatalkan kalimah tersebut.

Prioriti Kedua: (Allah berfirman, maksudnya): “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…” [Surah Luqman, ayat 14] Berdasarkan susulan ayat, dapat diketahui bahawa prioriti kedua dalam agama ialah berbuat baik kepada ibubapa. Ia bukan sekadar jangan menderhaka, tetapi hendaklah menjaga hubungan dan berbakti sepenuhnya kepada mereka.

Prioriti Ketiga: (Allah berfirman, maksudnya): “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang…” [Surah Luqman, ayat 17] Setelah tauhid dan ibubapa, prioriti ketiga ialah mendirikan sembahyang. Secara lebih luas, ia adalah hukum-hukum fiqh dan amal ibadah seperti wudhu’, sembahyang, puasa dan sebagainya.

Prioriti Keempat: (Allah berfirman, maksudnya): “Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.” [Surah Luqman, ayat 17] Prioriti seterusnya ialah melakukan kerja sukarelawan untuk menyuruh yang baik dan melarang yang buruk.

Prioriti Kelima: (Allah berfirman, maksudnya): “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”. [Surah Luqman, ayat 17] Prioriti kelima menyentuh persoalan akhlak, iaitu akhlak mulia yang sentiasa merendah diri sesama manusia, bukan sombong atau apa-apa akhlak lain yang buruk.

untuk kita bersama...moga kita sentiasa dalam pandangannya...aminnn...


No comments:

Post a Comment