Apr 24, 2009

tautan hati



Kisah kali ini seakan diari aku pula...

Semalam aku sangat penat kerana semalamnya aku tido lebih kurang pukul 3 pagi kerana membereskan sedikit kerjaku. Dan seawal pukul 6.30 pagi setelah mematikan alarm handset, aku dikejutkan dengan sms dari supervisorku mengingatkan aku supaya menghadirkan diri ke satu seminar. Huhuhu.pendekkan cerita aku sangat mengantuk dan penat satu hari semalam.

Mood untuk baca journal pun semakin berkurangan start pukul 4 ptg. So aku hanya surfing internet n tgk citer je selama aku di lab petang tu. Masa balik aku n kak kema singgah makan kejap. Order kopi tu konon nak stay up lagi tuk wat kije. Tapi sampai rumah aje mmg mood sangat takder untuk study.huhuhu.

Ape lagi nak buat. Nak tido cam awal sangat. So aku pun grab satu novel yang dah lama aku beli tapi tak baca2 sampai sudah. Tajuk novel nyer TAUTAN HATI karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Novel ni novel islami. Menitis juga la air mata, tapi bukan sedih sebab jalan cerita, tapi lebih kepada kesedaran. Jalan cerita dia berkisahkan perjuangan student ipt untuk islam yang sarat dengan mesej-mesej dakwah, kemanusiaan, cinta, dan kehidupan dan takder pun part2 yang terlalu sedih. Banyak elemen motivasi diterapkan dalam novel ni n memang sesuai sangatla kepada orang macam aku ni yang kena selalu memotivasikan diri. Aku insan lemah dan bila down akan mencari ape2 sumber yang boleh memberikan motivasi. Tu la Aishah..ko jauh sangat kat serawak tu...huhuhu...salah seorang kawan aku yang dah selamat jadi kaunselor merangkap cikgu di sana. Really miss her.

Sampai habis aku baca novel tu. Tapi aku start baca tengah2.hehe. Aku malas nak baca bab2 yang agak meleret. Sbb tu la leh habis satu malam. Mesti Diana kagum ngn aku.. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati aku untuk membaca buku ni. Sebab hati aku lately ni terisi dengan sesuatu yang tak sepatutnya ada. Fikiran aku selalu terleka dan lalai memikirkan sesuatu yg x sepatutnya. Patutnya seluruh hati aku untuk Dia. Astaghfirullah. Ampunkan aku ya Rabb. Aku insan hina. A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Ayat 216 Surah Al-baqarah. Ayat al-quran ni ada juga di selitkan dalam novel tersebut.

Dan aku amat tertarik dengan puisi penulis ni...

Puas sudah,

Kucari kebahagiaan,

Di sisi teman-teman,

Ku dapat hanya kelalaian,


Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Ku dapat hanya kekecewaan,


Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduaan,

Rindu yang tiada haluan,


Aku keliru sendiri,

Apa yang ku cari?

Apa yang kuperlukan?

Aku masih tidak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi.


Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.


Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencariMu Tuhan,

Mengharap keredaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman...

Aku banyak sangat kekurangan... bantulah aku teman2 sekalian... moga kite semua sentiasa dalam pandangan Nya...aminnnnn...


2 comments:

  1. bgus ar akak sy ni....puisi wat sndri..mmg kagum ngn k ilaa....sape2 nak k ila leh datang meminang terus...

    ReplyDelete
  2. ceiitt sengal...bukan puisi wat sendiri la....seme ciplak buku rr..

    ReplyDelete