pesta pulut kuning...
Durian fest...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun
bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara . Cuma wanita akhir
zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak
berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak
semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri
secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya.
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..! Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Prioriti Pertama: (Allah berfirman, maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. [Surah Luqman, ayat 13] Berdasarkan ayat di atas, dapat diketahui bahawa prioriti yang pertama ialah tauhid. Ia merangkumi maksud kalimah “La ilaha illallah” dan perkara-perkara yang membatalkan kalimah tersebut.
Prioriti Kedua: (Allah berfirman, maksudnya): “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…” [Surah Luqman, ayat 14] Berdasarkan susulan ayat, dapat diketahui bahawa prioriti kedua dalam agama ialah berbuat baik kepada ibubapa. Ia bukan sekadar jangan menderhaka, tetapi hendaklah menjaga hubungan dan berbakti sepenuhnya kepada mereka.
Prioriti Ketiga: (Allah berfirman, maksudnya): “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang…” [Surah Luqman, ayat 17] Setelah tauhid dan ibubapa, prioriti ketiga ialah mendirikan sembahyang. Secara lebih luas, ia adalah hukum-hukum fiqh dan amal ibadah seperti wudhu’, sembahyang, puasa dan sebagainya.
Prioriti Keempat: (Allah berfirman, maksudnya): “Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.” [Surah Luqman, ayat 17] Prioriti seterusnya ialah melakukan kerja sukarelawan untuk menyuruh yang baik dan melarang yang buruk.

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta ataupun hobi diri sendiri
petikan dari buku roomate aku... La Tahzan... karangan Aa'id Abdullah al-Qarnee
4 perkara yang membuatkan badan sakit:4 perkara merosakkan tubuh:
4 perkara memberikan kesenangan dalam hati:
4 perkara membuat pandangan gelap
4 perkara badan jadi kuat
4 perkara menghilangkan kesegaran wajah
4 perkara menyegarkan wajah
4 perkara mendatangkan rezeki
4 perkara mencegah dtgnya rezeki:
4 perkara membahayakan pemahaman otak:
4 perkarayang menambah daya permahaman

Hak Cipta Dan Ciplak Terpelihara...