Apr 20, 2009

aku jatuh hati ngn lagu nih...



Lirik Aurora - Estranged


Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terbeku

Aurora oh Aurora
Terlalu disanjungi
Telah di tanya mengapa

Kutatap berseri berwarna hijau
Yang menawan sanubari

Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Aurora oh Aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh Aurora
Tidak ada bunyimu
Sanggup aku tetap menunggu

Terdiam kerana berwarna ungu
Kuputuskan biar bisu

Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Malam ini aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu di sana

Apr 10, 2009

port luck!!!


POT LUCK!!!

10 April 2009

Tempat Pot Luck: Bilik Makmal 409
Tema Pot Luck: Oren
Pengerusi Pot Luck: Kak Zana
AJK Tertinggi Pot Luck: Kak Fisya, Amie, Kak Fariza
AJK Pot Luck: aku, Diana, Kak Kema, Angah, Monika, Yo
Tetamu Pot Luck: Encik Ahmad, Pelapis Lab masa hadapan n Abg Zahid,
Jenis makanan Pot Luck: Banyak, yg penting (nasi lemak imited kurang nasi lebih sambal dan telur, roti telur, spagheti, puding telur, apam pisang, air freshie kak kema, lontong, kek coklat, pisang, nugget and fries, makanan ringan.
Budget mini Pot Luck: RM 2.00 sorang (tuk pinggan n gelas je).




Suasana Pot Luck



makanan semakin berkurangan ketika ini


korang tengok nasi lemak untuk 30 orang makan...ini bukan nasi lemak...ini sambal lemak...sambal melebihi nasi. sorang di hadkan 2 sudu je.


Abang zahid menceduk nasi kosong yang terpaksa dibeli kat kafe sbb sambal melebihi nasi.



Inila pelapis lab 409. try jadi gempak macam kami ek....haha cam bagus. doakanla kakak2 kamu ni cepat grad yer...sian kami ni.


Gile pucat muka aku di samping moni. Sorok belakang moni utk cover badan. wakaka



cube tengok darjah keterujaan muka dak berdua ni. rakus tak???


Korang tengok tu... korang acu je kamera depan diorang ni...mesti jadi camni... lagi2 yang duk tengah sekali tu.


agak agakla nak berkempen depan makanan kot...


model potluck...agak2 terliur tak???


ini la En Ahmad Hambali berjawatan Pembantu makmal tertinggi merangkap ayah kami semua...


bawah ni gambar pisang dan tuannyerr...serupa tak???


agak2 tangan sape nak kena ketuk tu??? pencuri hiasan kek...


sesi penyerahan buah tangan kepada Presiden. Presiden meeting so kena wakilkan orang lain.


Kena makan cepat2.. kena rebut... nanti makanan habis lak.


Apam pisang paling sedap aku pernah makan. Amie buat. resepi dah ade. sape2 nak sila hantarkan sms Amie jarak Apam pisang ke lab 409.

pelapis lab 409 bawa kek. pergh sedap. lain kali kena ajak diorg lagi.


picture of the day...skali ngn adik angah masuk picture ni...

ini gambar paling skema... baru nampak sopan...inilah bakal scientist negara yang kijenye makan aje...kuang2


disediakan oleh setiausaha pot luck,

Shafazila

Apr 7, 2009

TeNgOk LaNgIt...

LaNgIt ShAh AlAm...


LaNgIt PaGi ShAh AlaM...



LaNgIt PeTaNg ShAh AlAm...





Apr 5, 2009

lagu



Semalam aku dah jatuh hati ngan satu lagu baru masa tgk AF7. aku sure kalu bgtau Diana mesti dia tertekan. hahaha. Sebab utamanya, bila ada lagu baru yang aku suka je aku mesti dengar berulang kali non stop sampai aku boring. Kalu suh kwn2 bagi pendapat mesti Diana menjeerit "jangan puji!!". kah kah. aku dah siap dowload kat pc aku ni. rasakanlah gegarannyer nanti Diana...

inila lagunya...

CINTA INI by Dato' Siti


BETAPA ENGKAU MENYINTAI

AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI

SELALU KAU PUJA DIRIKU INI

MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI



NAMUN TERKADANG KU RASAKAN

APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN

AKU WANITA TAK SEMPURNA

BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA



MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA

SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA

KITA MANUSIA BIASA


MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA

SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA

DALAM DAKAPAN MESRA



NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA

SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA

GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI

SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI


LAGU : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)
LIRIK : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)

PENERBIT : AUBREY SUWITO
SUSUNAN MUZIK & PROGRAM : AUBREY SUWITO
GITAR : AJI
FLUTE : MOHAR
SUSUNAN STRINGS : EDDIE MARZUKI
SUSUNAN PERKUSI : EDDIE AHMAD
PERKUSI : EDDIE AHMAD
STUDIO : BIG BASH STUDIO & EAXS LAB SDN. BHD.
JURUADUN : FAUZI MARZUKI

ini pula versi Hafiz AF7...best sgt dia bawa lagu nih...


lost in the jungle full with mangoes...jgn lupa bawak cicah skali...




i'm back everybody...

actually i got nothing to discuss. but i don't know why my hands keep on typing...

nothing special happen through out this week...

but the emotion was still weak...

maybe i need something to keep me on track...

but i dont know what exactly it is, because i am a bit demanding lately...

demand something not clear and blur as myself alwayz be..

focusing on my study now makes me feel that i am not what i am...



huhuhu...

sebenarnya lebih kepada kehilangan...

rindu my berry2 best pren...dia dah pindah umah...takder tmpat untuk meluah lg...

harap dia tak baca...malu pula i...hehe

Mar 27, 2009

7 petanda kebahagian dunia...


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
  4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al malul halal, atau harta yang halal
  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
moga kita semua mendapat kebahagiaan seperti di atas sebelum menghembuskan nafas terakhir kita... amin ya Rabb...

ciplak dari blog... http://nurjeehan.hadithuna.com/tujuh-petanda-kebahagiaan-dunia/


Mar 21, 2009

hidupku seorang student





Assalamualaikum semua,


Hampir 3 minggu aku tinggalkan blog ni kesunyian. Bulan ni adalah bulan yang agak BZ.
Start dari bulan ni writing menjadi rutin harian ku. Kerja2 lab aku tinggalkan dulu. Masih ada method yang tergendala akibat ketiadaan chemical. Kena tunggu supplier hantar.

huhuhu...

Masalah pun macam2 datang mengganggu. seperti biasa jgn pk masalah, pk mcmana nak selesaikan. Kena sentiasa memotivasikan diri. InsyaAllah setiap masalah pasti ada penyelesaian. Kena kuat dan yakin. chaiyooo!!

huhuhu...

Seperti kata Moni kawan lab aku... kita ni macam takder life. pagi pi lab. petang balik umah tido. Sesekali kena pi makan angin. Agak2 dah kembung perut tu boleh la balik lab. wat kije balik. Tapi poket pun bukan selalu penuh. Nak pi makan pun berkira. Ini lagi nak pi makan angin.

huhuhu...

Tapi memang tak dapat lari dari merungut masa study ni. Seme tu boleh je handle. Cume tu la, jangan pk masalah, pk camner nak selesaikan. kalu tak silap aku ni ayat si Sani tunangnye Diana kan. Study ni bukan satu masalah. Study ni satu cara menyelesaikan masalah. paham tak? susah nak explain. sesuatu yang tak semua orang berpeluang mengalaminya. Alhamdulillah kepada sesiapa yang dianugerahkan nikmat menimba ilmu. Bersyukurlah. Yang pasti nanti satu hari aku akan merindui saat2 aku study di UiTM ni walaupun banyak sungguh cobaannya. Sebab sekarang pun aku dah rindu waktu2 aku di UPM dulu.

huhuhu...

zaman sekolah... zaman kurang kawan... pendiam sangat kot...
zaman matrik... zaman kenal erti persahabatan...
zaman upm... zaman enjoy dengan kawan2...
zaman uitm... zaman bnyk jumpa orang pelik....hehehe


walaupun hidup aku...lab...balik apartment...balik pandan indah....rotate sampai hbs blaja... aku tetap gembira...insyaAllah

Mar 1, 2009

Dating???



wei korang seme... Ari ni tv9 ada sajikan cite best untuk kite seme. Nak tau citer ape??? Cite HALAQAH. Episod kali ini adalah bertitle 'Dating'. Penceramah ari ni bukan favourite penceramah aku, tapi sbb episod kali ini adalah agak penting juga bagi aku yang masih belum berkahwin ni, so aku tonton untuk tambah ilmu aku yang sangatla sikit ini.

Memang fitrah manusia ini ingin mencintai dan dicintaikan. Dan dalam Islam juga kita digalakkan mengenal pasangan kita. Seperti yang kita ketahui seorang lelaki yang ingin memilih bakal isterinya dibenarkan melihat wajah dan tapak tangannya kan. So janganlah teruk sangat memandang hukum Allah ni. Semua yang Allah larang tu mesti ada hikmahnya.

Memang tak dinafikan takder istilah dating dalam islam. Tapi kriteria untuk bercinta dan berdating ni masih boleh dengan berlandaskan hukum islam. kite try dating dekat rumah family ke. dating masa ade majlis kat rumah kite atau sedara ke. Kalau nak juga privacy try pi dating tempat ramai orang dengan membawa bersama muhrim anda atau kawan anda yang tak mungkin bersubahat dengan anda. Tak salahkan. Apela sangat nak borak privacy ni. Belum kawin lagi kan. yang agak2 privacy tu kite cite la lepas kahwin.

Memangla seumur hidup aku ni aku tak pernah berdating. mana taknya bercinta pun baru sekali. Tak sempat nak dating pastu putus pula. huhu ...tragis betui. tapi aku still rasa diri ini banyak dosa. lagha banyak wei. walaupun hanya berbual dalam tepon tapi still boleh timbulkan lagha beb. bahaya sebenarnyer. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku berdoa sangat2 agar akan datang Allah membuka hati ini untuk cinta yang diredhaiNya. Aku risau juga. Aku manusia memang takkan dapat lari dari ujian. Ujian Allah yang sebenarnya untuk melihat tahap iman kita. Nak kena lawan nafsu ni. adushhh... Ya Allah kuatkan lah hati dan diri ini. ayat ni best tuk kite semua "Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU." huhu. kite kena kuat ye kawan2, caiyok2. moga kite sentiasa dalam perhatianNya. aminnn ya Rab....


Feb 28, 2009

ade sape2 nak kawin lagi ke bulan 3 nih???



ramainye kawan aku nak kahwin bulan 3 ni...

antara yang aku tau:

1. angah labmate aku skrg
2.faezah ahli solero merangkap cosmate aku masa degree
3.ena roomate lama aku
4.diana kwn sekolah aku


huhuhu...

aku tak sure la dapat pergi ke idak...jauh benor nye sorang2. yang agak dekat tu akan aku usahakan untuk datang yer. tapi tak dapat nak janji. aku minta maaf kalu aku tak dapat datang. aku doakan kebahagian korang bersama teman masing2 sehingga sampai syurga. moga ikatan yang terbina akan menjadikan korang sentiasa dalam perhatian Allah. aminnn...


Menconteng boleh membantu memori anda








Aku ada baca satu article menarikn nak kongsi ngan korang semua iaitu "Menconteng boleh membantu memori anda".


Kalau korang nak tahu.. penyelidik kat UK ada buat kajian tentang menconteng semasa mendengar recorded msg atau ape2la yang boleh didengar beroleh 29% lebih ingatan dari mereka yang tak melakukan ape2. Ini adalah disebabkan bila kita menconteng kita akan mengelakkan diri kita dari mengalamun. bila kita menconteng, kita akan kurang mengelamun. ade betulnya juga kan. so lepas ni sape2 siaplah bawa pen dan kertas kemana saja. kuang2.


nak lebih info pi arr jejak laman web article nih...


http://health.yahoo.com/news/healthday/takenotedoodlingcanhelpmemory.html